04 Disember 2010

Sentuhan Kebudayaan Dan Warna Asia


Diasaskan pada 19 Jun 1999 sebagai sebuah syarikat perkongsian, Cindai Sutera Collection menyediakan perkhidmatan khusus dalam penyediaan rekaan pakaian perkahwinan sekaligus merangkumi penyediaan pakaian tradisional dan kontemporari.

Penubuhan Cindai Sutera Collection pada mulanya berdasarkan kepada persaingan syarikat pengendali majlis perkahwinan.

Cindai Sutera Collection kini ditadbir oleh Puan Norhaiza Binti Rasdi dibantu oleh Encik Muhamad Azman Bin Lasim. Setiap ilham Cindai Sutera Collection adalah dibawah rekaan sepenuhnya oleh Norhaiza Rasdi banyak dipengaruhi dan disuntik dengan sentuhan kebudayaan, warna dan kepelbagaian gaya hidup dan etnik masyarakat Asia.

Setiap konsep penataan lebih cenderung kepada konsep rekaan sedia dipakai khusus untuk majlis-majlis biasa, formal khasnya majlis perkahwinan dengan menggunakan label Cindai Sutera Collection. Aksi cemerlang di pertandingan Jarum Berlian anjuran Majalah RIAS pada fahun 1999 telah memberi inspirasi dan semangat dalam memeriahkan industri rekaan pakaian yang lebih anggun dan memenuhi citarasa tersendiri setiap individu. Cindai Sutera juga terbabit dalam penyediaan pakaian untuk saluran TV serta bahan percetakan (Majalah).

Semua gambar yang terkandung di dalam Laman Web ini adalah hak milik sepenuhnya Cindai Sutera Collection. Sebarang penyalinan atau pameran gambar tersebut adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran bertulis daripada Cindai Sutera Collection.